Oleh The Motive
Diterjemah oleh Shintaro Hara
“Saya sanggup mengorbankan cita-cita saya sendiri, kerana masyarakat tempatan memerlukan penjaga anak yatim, dan tugas inilah yang jauh lebih penting.”
Kata-kata ini diutarakan oleh Hayatee Chesamoche, bekas guru yang kini bertugas sebagai penjaga dan pengurus rumah yatim, dan menemani anak-anak yang menjadi yatim gara-gara konflik berpanjangan bagaikan ibu, kakak dan juga kawan kepada mereka. Walaupun kata-kata ini amat sederhana, tetapi dituturkan dengan nada suara yang penuh dengan keyakinan.
Rumah Anak Yatim Yayasan Nusantara terletak di Mukim Baloi, Daerah Yaring , Wilayah Pattani. Kebanyakan anak yatim yang mendapat perlindungan di sini diyatimkan akibat pergolakan dahsyat yang berterusan sejak awal 2004 di wilayah sempadan selatan atau kawasan yang dikenali sebagai Patani. Hingga kini, seramai 7,297 orang kanak-kanak kehilangan orang tuanya.
Antara lebih daripada tujuh ribu orang anak yatim ini, menurut data yang dikumpulkan oleh aktivis hak asasi manusia, kira-kira 1,000 orang anak-anak yatim tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan kerana oran tuanya menganggotai gerakan pembebasan dan telah dibunuh dalam pembunuhan luar bidang kehakiman (extra-judiciall killing) atau pertempuran dengan pegawai keselamatan.
Dalam artikel ini, The Motive menyampaikan bagaimana Nurhayatee Chesamoche, atau dikenali sebagai Kak Tee, membuat keputusan untuk mengabdikan diri untuk menjaga anak-anak yatim, serta masalah dan halangan yang dihadapinya melalui wawancara berikut.
– Sebelum menjadi penjaga anak yatim dalam Yayasan Nusantara, apakah pekerjaan anda?
Saya pernah bekerja sebagai guru agma (ustazah) di Sekolah Thamvitya Mulniti (dipanggil Sekolah Haji Harun oleh penduduk tempatan – penterjemah), Wilayah Yala. Pada tahun 2013, saya baru pulang dari Mesir setelah selesai pengajian dalam bidnag syariah di Universiti Al-Azhar, Kampus Alexandria. Kebetulan pada masa itu ada peluang untuk bekerja di sekolah berkenaan. Saya mengajar di sana selama 6 tahun, dan berhenti pada 2019.
Kenapa anda mahu menjadi guru?
Itu cita-cita saya sejak kecil lagi. Jadi saya sangat gembira apabila impian saya menjadi kenyataan.
Jadi, kenapa anda berhenti bekerja sebagai guru?
Saya memang mendapat pekerjaan dalam idaman, tetapi pada ketika itu, dalam masyarakat kita pula ada ramai anak yatim yang kehilangan orang tuanya daripada pergolakan, namun tiada orang yang menjaga mereka. Kebetulan pada masa itu juga Yayasan Nusantara sedang mencari penjaga anak-anak yatim. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk mengorbankan cita-cita peribadi saya dan tinggal di Baloi, kerana saya sudah dapat bekerja sebagai guru selama 6 tahun.
Kenapa tidak ada orang yang sanggup tinggal di rumah anak yatim di Baloi?
Kerana anda harus bekerja 24 jam sehari dalam keadaan serba kekurangan. Sebelum ini saya tinggal di kampung suami saya di Pujud, tetapi kami membuat keputusan untuk berpindah ke sini. Perpindahan ini bukan perkara kecil, kerana saya harus memulakan kehidupan baru di tempat baru. Inilah mungkin sebabnya sukar untuk mencari orang yang sanggup bekerja tetap di sini.
Ini bererti kak Tee berpindah ke sini bersama keluarga?
Betul. Saya berbincang dengan suami dan keluarga kedua-dua pihak, iaitu keluarga saya sendiri dan juga keluarga suami, dan juga saudara-mara dan kawan-kawan rapat. Semuanya memberi sokongan, lalu kami membuat keputusan untuk membawa anak-anak kami juga untuk tinggal di sini. Kami mengangkat barang-barang dari Pujud ke Baloi, tetapi pada waktu itu bangunan rumah anak yatim belum siap dibina. Oleh itu kami menumpang di sebuah rumah orang kampung selama 10 bulan sebelum berpindah masuk ke rumah anak yatim.
Bagaimanakah anda menyesuaikan diri?
Cabaran yang paling utama ialah perjalanan untuk ke sekolah yang berbeza daripada ketika kami di Pujud (jarak dari Pujud ke Sekolah Haji Harun di Yala ialah kira-kira 30 kilometer). Dari Baloi ke Bandar Yala, saya harus bermotosikal sejam, perjalanan balik lagi sejam, jadi saya harus menunggang motosikal dua jam. Ini mungkin sebabanya saya keguguran anak dalam kandungan. Mula-mula anak kembar, dan diikuti oleh tiga orang lagi. Pada masa itu saya terasa sangat tertekan, tetapi saya bersabar selama 3 tahun. Tetapi akhirnya tidak tahan, lalu saya meletakkan jawatan sebagai guru, kerana perjalanan pergi balik ada kesan terhadap kandungan.
Setelah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai guru, bagaimanakah kesannya?
Saya mengalami kemurungan, dan perlu dirawat bertahun-tahun, kerana orang yang pernah memberi sokongan kepada saya, termasuk keluarga saya, keluarga suami, sanak-saudara dan kawan-kawan rapat semuanya tidak setuju dengan keputusan saya meletakkan jawatapn sebagai guru. Banyak pertanyaan dijukan, seperti “kenapa harus berhenti padahal gajinya bagus?”, “apa gunanya tinggalkan pekerjaan stabil seperti guru dan menghadapi masa depan yang tidak pasti?” dan sebagainya. Pertanyaan seperti ini menyebabkan saya menangis, dan akhirnya mengalami kemurungan. Tetapi saya berusaha untuk tidak mendedahkan perasaan ini kerana di depan mata saya ada lebih daripada 10 orang anak yatim.
Apakah motivasi yang mendorong Kat Tee untuk menjaga anak-anak yatim?
Saya mengorbankan cita-cita perbadi kerana cita-cita masyarakat yang memerlukan penjaga anak-anak yatim itu jauh lebih penting. Apabila saya mengajar sebagai seorang guru, kebahagiaan itu untuk diri sana seorang sahaja, tetapi saya memilih untuk menjaga anak-anak yatim di Baloi kerana saya dapat menjadikan lebih ramai orang bahagia. Para penjaga anak-anak yatim juga ada masa untuk bekerja kerana kami menjaga anak-cucu mereka, dan anak-anak yatim juga bahagia. Mula-mula ada 6 orang anak yatim, dan sekaranga bilangannya bertambah menjadi 14 orang. Kami berharap anak-anak yatim atau anak-anak orang daif juga ada cita-cita dan harapan dalam kehidupan mereka. Inilah menjadi ilham dan motivasi yang mendorong saya terus berjuang.
“Setiap orang anak mempunyai kebolehan dan kesukaan yang berlainan. Kita perlu memerhatikan mereka dengan baik untuk mengetahui hal-hal ini, dan menemani mereka dalam penyelesaian masalah yang dialaminya.”
Apa yang anda harapkan daripada anak-anak yatim yang anda jaga sekarang setelah mereka besar nanti?
Saya harap mereka menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, dapat bergaul dengan orang-orang lain, dan tidak menjadi beban kepada masyarakat, dan berjaya dalam hidup dalam apa juga bentuk. Semoga mereka mendapat pekerjaan yang jujur,dan menjadi orang yang bermaruah.
Bagaimanakah keadaan keluarga anak-anak yatim?
Dalam keluarga anak-anak yatim, mereka tidak ada orang yang berdampingan dan menemani mereka, kerana keluarga mereka kehilangan pemimpin, oleh itu, penjaga mereka, tidak kiralah ibu, datuk nenek atau saudara mara yang lain, tidak ada waktu untuk menjaga mereka sepenuhnya, sebab mereka juga terpaksa mencari rezeki. Dengan itu, mereka tidak ada orang yang boleh menghiraukan keadaan mereka.
Bagaimana Kat Tee menjaga anak-anak yang berlindung di Rumah Anak Yatim Nusantara?
Mereka tidak mendapat asuhan yang secukupnya daripad keluarga yang kekurangan masa seperti dalam keluarga biasa. Oleh itu kami harus ada peraturan dan disiplin untuk hidup bersama. Pada asasnya kami menyokong cita-cita mereka, dan pada masa yang sama kami juga sedar bahawa tanggungjawab kami lebih berat daripada kanak-kanak biasa.
Apa yang anda perhatikan pada anak-anak yatim?
Didapati bahawa minat dalam pelajaran anak-anak juga berlainan. Ada yang bercita-cita menjadi doctor atau guru, dan ada yang meminati mata pelajaran akademik, ada pula yang suka beraktiviti tetapi tidak suka pelajaran. Ada yang mahu belajar agama, dan ada juga yang mahu belajar seni. Bagi mereka, kami juga memberitahu di mana mereka dapat belajar seni. Selain itu, kami juga menggalakkan agar mereka belajar mata pelajaran akademik dan juga agama.
Ada masalah apa dengan anak-anak yatim?
Mereka mahu menggunakan telefon bimbit, kerana di rumah sendiri mereka menggunakan telefon bimbit ibu bapa. Tetapi setelah datang ke Rumah Anak Yatim Nusantara, pada mulanya kami melarang penggunaan telefon bimbit dan menyimpankannya, teatpi akan dipulangkan apabila mereka pulang ke rumah masing-masing. Tetapi kebelakangan ini, kami juga berbincang dengan mereka ,dan mengambil keputusan untuk mengizinkan penggunaan telefon bimbit dengan had masa. Pada hari cuti, mereka dibenarkan menggunakan telefon bimbit lebih lama. Yang penting, kita perlu mendengarkan mereka agar pintu hati mereka terbuka. Nanti mereka juga akan apa yang berlaku di sekolahnya, apa yang diplajari, dan juga apa yang dilakukan dengan kawan-kawan. Tetapi apabila mereka tidak mahu ke sekolah, kami juga berasa amat berat hati.
Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak?
Kami sentiasa memberikan motivasi kepada mereka melalui aktiviti bersama. Setelah bangun pagi dan solat subuh, mereka perlu menguruskan sendiri, seperti membasuh dan menyeterika baju, serta bergiliran untuk menolong tukan masak. Anak-anak yang besar menolong anak-anak yang masih kecil seperti adik-beradik. Yayasan Nusantara juga mengundang organisasi luar untuk mengadakan aktiviti yang dapat memberangsangkan pemikiran anak-anak di sini.
Bagaimanakah cara menangani wabak Covid?
Anak-anak balik ke rumah setelah Hari Raya Haji, dan tidak boleh datang ke sini kerana merebaknya wabak Covid. Oleh itu kami mengumpul wang derma, dan menghantarkan wang derma berkenaan kepada anak-anak. Ada kalanya kami menghantar barang keperluan ke rumah-rumah mereka. Jika rumah mereka tidak jauh dari sini, kami membawa barang keperluan sendiri ke rumah mereka, dan bertanya khabar. Bagi kanak-kanak dari luar wilayah Patani, kami menggunakan panggilan video untuk bertanya khabar. Setelah keadaannya reda, anak-anak pun mula pulang ke Rumah Anak Yatim Nusantar, dan kami juga menyesuaikan diri dengan New Model untuk hidup bersama di tengah-tengah wabak ini.